SENZ Ultra Clean Disinfection Door (Bahasa Malaysia)

(1)
Q: Bagaimana cara penggunaan gerbang nyah kuman?
A: Mesin akan diaktifkan secara automatik apabila anda berjalan melalui ruang nyah kuman. Anda boleh merujuk kepada video kami di YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=2V8T35k84Mk  untuk demonstrasi fungsinya.

(2)
Q: Adakah gerbang nyah kuman sesuai digunakan di dalam premis atau di luar premis?
A: Pintu pembasmian kuman sesuai digunakan di dalam dan juga di luar premis.

(3)
Q: Apa itu ‘auto beam sensor’ dan bagaimana cara fungsinya?
A: ‘Auto beam sensor’ adalah sensor infra-red automatik. Semburan akan diaktifkan secara automatik  apabila sensor mengesan ada orang jalan melepasinya.

(4)
Q: SENZ Ultra Clean Disinfection Door ini mempunyai beberapa nozzle?
A: Ada 2 model: model Standard mempunyai 6 nozzle, dan model Premium ada 10 nozzle.

(5)
Q: Cecair apakah yang disembur dari gerbang nyah kuman?
A: Cecair pembasmi kuman.

(6)
Q: Berapa kali ia boleh digunakan sebelum penukaran seterusnya?
A: Untuk semburan pembasmi kuman di pasaran yang biasanya 20 liter sebotol, ia boleh menyembur sekitar 450 hingga 500 kali.

(7)
Q: Adakah bayaran secara ansuran diterima?
A: Ya, kami menawarkan pelan ansuran dengan 0% faedah selama 12 bulan.

(8)
Q: Adakah produk ini diluluskan oleh kerajaan atau diperakui oleh pihak berkuasa yang berkaitan?
A: Kami telah memperoleh sijil pengesahan SIRIM.

(9)
Q: Apakah bahan yang digunakan untuk membina gerbang nyah kuman?
A: Aluminium dan polikarbonat.

(10)
Q: Di mana boleh saya membeli produk ini?
A: Anda dapat membeli produk ini dari HQ SENZ Marketing (M) Sdn Bhd di Puchong Mas. Alamat kami superti berikut: SENZ Marketing (M) Sdn Bhd, No. 3 Jalan Industri Mas 7, Puchong, Selangor
Waze: https://waze.com/ul/hw280zsfv8

(11)
Q: Soket plug apakah yang digunakan oleh produk ini?
A: Soket plug kuasa 13AMP.

(12)
Q: Adakah SENZ Ultra Clean Disinfection Door akan berkarat?
A: Gerbang nyah kuman dibina daripada bahan aluminium, dengan penjagaan yang betul ia tidak akan berkarat.

(13)
Q: Apakah tempoh jaminan produk ini?
A: Tempoh jaminan untuk kedua-dua model Premium dan Standard adalah satu (1) tahun.

(14)
Q: Berapa lama masa yang diperlukan oleh SENZ untuk respon kepada sebarang permintaan untuk membaiki, menyelenggara dan servis produk ini, dan di manakah kerja-kerja tersebut akan dijalankan?
A: Kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan servis akan dijalankan di premis pelanggan masing-masing, dan biasanya boleh diaturkan dalam tempo masa sekitar 4-7 hari bekerja 

(15)
Q: Adakah produk ini termasuk kerja pemasangan dan penghantaran?
A: Ya, SENZ akan menggendalikan kerja-kerja pemasangan dan penghantaran untuk pelanggan di Lembah Klang, negeri Johor dan Pulau Pinang. Untuk pembelian dari negeri lain, SENZ akan membuat pengaturan yang sewajarnya.